fbpx

Tuala Wanita Kain Snowdrop Di Berita Harian

Tuala Wanita Kain Di Berita Harian

 

Tuala Wanita Kain Alternatif Menjimatkan.

Keratan artikel bertarikh 28 Julai 2015 memaparkan gambar Pn Hanisah, owner kepada Tuala Wanita Kain Snowdrop di Berita Harian.

Antara intipati dalam artikel tersebut adalah tuala wanita kain ini merupakan alternatif kepada penggunaan tuala wanita pakai buang. Tuala wanita kain Snowdrop ini mudah dicuci dan mudah dijaga. Tuala wanita Snowdrop ini boleh dipakai berulang kali selepas dicuci.  Jika dijaga dengan baik, tuala wanita kain Snowdrop ini boleh dipakai sehingga lebih 5 tahun. Dan pastinya tuala wanita kain snowdrop ini sangat menjimatkan kewangan untuk jangka masa panjang.

Idea untuk menghasilkan tuala wanita kain jenama snowdrop ini terhasil pada tahun 2009 selepas beliau mencuba tuala wanita kain yang dibeli dari luar negara. Tuala wanita kain telah lama diguna pakai oleh wanita di luar negara namun masih segelintir wanita sahaja yang tahu akan kewujudan tuala wanita kain ini di Malaysia pada waktu tersebut. Beliau mencuba tuala wanita kain dari luar negara kerana kurang berpuas hati tatkala menggunakan tuala wanita pakai buang. Beliau mudah rasa gatal dan tidak selesa terutamanya jika tuala wanita pakai buang dipakai dalam jangka masa lama.

Setelah mencuba tuala wanita kain yang dibeli dari luar negara, terasa perbezaan ketara dari segi material dan keselesaannya. Namun kos untuk membeli tuala wanita kain dari luar agak tinggi sehingga mencecah RM70-RM80 sehelai. Keadaan itu mencetuskan idea untuk beliau membuat dan menjahit sendiri tuala wanita kain. Bermula dengan guna sendiri, beliau cuba menjual tuala wanita kain yang dijahitnya di blognya sendiri. Tidak disangka, permintaan untuk tuala wanita kain yang baru  dipasarkannya mendaoat permintaan yang tinggi. Rata-rata pengguna yang telah mencuba tuala wanita kain yang dijahitnya memberikan maklumbalas yang positif. Antara feedback dari pengguna adalah tuala wanita kain yang dipasarkannya selesa dan tidak mendatangkan kegatalan atau ruam seperti yang mereka alami semasa menggunakan tuala wanita pakai buang. Ada juga pengguna yang beri respon keputihan dan senggugut yang sering mereka alami dah mula berkurangan dan ada yang hilang. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.

Tuala wanita kain snowdrop mempunyai lapisan microfibre antibakteria yang diimport khas materialnya dari sebuah kilang di luar negara bagi tujuan ketahanan dan menyerap lembapan 4x lebih banyak dari biasa. Pengaliran udara yang baik di dalam tuala wanita kain snowdrop membantu pengguna merasa lebih selesa dan tiada lagi risiko alahan atau kegatalan. Masalah ruam dan melecet juga tiada lagi.

Di bahagian belakang tuala wanita kain snowdrop ini, pelbagai corak menggunakan kain kapas berkualiti digunakan supaya tuala wanita kain tahan lama dan tak mudah luntur warna. Setiap helai tuala wanita kain snowdrop mempunyai jaminan kualiti selama setahun  dan jaminan 6 bulan untuk masalah kebocoran.

Kak Malati sendiri mula menggunakan tuala wanita kain Snowdrop ni sejak pertengahan tahun 2012. Bermula dari gunakan sendiri, Kak Malati berpuas hati dengan fabriknya, kualitinya dan keselesaan Tuala Wanita Kain Snowdrop ini. Dan sehingga kini, Kak Malati masih lagi menggunakan tuala wanita kain yang sama yang dibeli pada 2012 dulu. Ini bermakna sudah lebih 5 tahun Kak Malati gunakan tuala wanita kain snowdrop ini. Sangat menjimatkan kerana dan dah bertahun-tahun tak beli pad pakai buang. hehehehe

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.