fbpx

Tuala Wanita Kain Alternatif Tuala Wanita

Video Ringkasan Tuala Wanita Kain Alternatif Tuala Wanita Pakai Buang.

Anda tahu bagaimana tuala wanita pakai buang dihasilkan? Realitinya kecantikan luaran tidak seperti kandungan di dalamnya.

bagaimana tuala wanita dihasilkan

Ramai wanita yang tidak menyedari malah mungkin tidak tahu bagaimana pad/tuala wanita pakai buang dihasilkan sebenarnya. Hasil luarnya yang putih dan ‘nampak bersih’ dikhuatiri memberi kesan tindak balas yang tidak elok kepada wanita untuk jangka masa panjang.

Menggunakan kertas buangan, surat khabar kitar semula, pulpa kayu, dan pelbagai bahan kimia lain digunakan sepanjang proses penghasilan pad / tuala wanita pakai buang.

80% kertas akhbar atau kertas-kertas buangan adalah kandungan terbesar di dalam tuala wanita pakai buang. Dan 20% bakinya terdiri daripada pulpa kayu. Kesemua kertas buangan dan pulpa kayu diproses bersama ejen peluntur berulang kali bagi menghasilkan hasil akhir yang berwarna putih.

Tuala wanita kain adalah alternatif selamat yang disyorkan sebagai pengganti tuala wanita biasa. Namun jika anda lebih selesa menggunakan pad/tuala wanita yang biasa, hak memilih terserah kepada anda. Kami hanya memberi pilihan aternatifnya sahaja.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara bahaya yang boleh memudaratkan diri dan hidup kita di kemudian hari nanti.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.