fbpx

Soal Jawab Lazim

Soalan Lazim Dari Pengguna / Bakal Pengguna Pad Kain Moden

Pad kain ni pakai buang atau boleh cuci?

Selepas digunakan, pad kain ni boleh dicuci, dikeringkan dan diguna semula.

Bagaimana nak tahu pad kain yang dah dicuci tu bersih atau tidak?

Lapisan atas pad kain bersih. Air perahan yang diperah juga berwarna putih dan tiada sebarang kesan kotor atau pun bau. Itu menandakan pad kain sudah bersih.

Pad kain ni tak bocor ke?

Pad kain dilengkapi dengan lapisan cegah bocor. Jika dipakai mengikut saiz yang sesuai dengan aliran haid dan jangkamasa yang disyorkan, kebarangkalian untuk bocor adalah mustahil Tetapi jika dipakai terlalu lama dan pad kain telah overload, berisiko tiris atau bocor di bahagian tepi sayap atau belakang.

Bagaimana nak pakai pad kain ni. Tak jatuh ke nanti?

Pad kain moden ini dilengkapi dengan butang di bahagian sayap kanan dan kiri.
Cara pemakaian pad kain sama seperti memakai pad pakai buang.

Pad kain ni senang ke nak cuci?

Mencuci pad kain moden lebih mudah dari mencuci pakaian yang kena kotoran.
Materialnya mudah tanggalkan kotoran. Hanya guna air dan sabun cuci pakaian sahaja. Tak perlu berus. Boleh cuci menggunakan tangan atau mesin basuh.

Ada Soalan Lain Nak Tanya? Sila isikan dalam ruangan di bawah segala kemusykilan anda. Kami akan cuba jawab secepatnya. Terima kasih.