fbpx

Review atau Pengalaman Guna Pad Kain Semasa Balik Ke Kampung

Pengalaman Guna Pad Kain Semasa Balik Kampung!

Pengalaman Pakai Pad Kain Balik Kampung

 

Pengalaman Kawan Baik Datang Time Raya di Kampung mertua.

Amaran : cerita ini panjang melepasi karangan exam pt3.
Kisahnya berlaku menjelang Hari Raya Aidiladha 2017 yang lepas. Selalu ‘kawan baik’ datang ontime. Tapi haritu, ‘kawan baik’ datang awal 4 hari. Hah amikkaauu Malati, ko bawak stok pad kain cukup-cukup untuk 2 hari je sebelum balik Shah Alam, ini kali bulan mengambang awal 4 hari lebih awal makanya cukup tak cukup, ko kena pandai pusingla ulang pakai untuk 6 hari lagi kat kampung tu! Inilah pengalaman paling bermakna bila balik ke kampung. Memang akan beringat sampai bebila.

Dah le kampung mertua, mana nak cari port2 baik nak rendam n jemur. Ops, nak rendam pebendanya, stok pad kain kritikal amat, tak cukup nak rolling kalau rendam. (walhal mmg tak tau nak rendam kat mana pun..toilet kongsi sekuage mertua kan ?)
Dengan stok pad kain yang cuma ada dlm 5 helai, pepandaila gunakan sebaiknya. Mujurla bawak saiz heavy.
Pakai – cuci terus sampai bersih then jemur.
Nak jemur ni pun satu hal, cuci guna tangan je, perah memang sampai tak minitik sebab tak guna washing machine.(takkan selai nak masuk mesin pulak,nak campur baju lain..waktu cuci pad kain tak sama masa dgn cuci baju ?).
At the end, amik hanger, gantung pad kain kat hanger dan sangkut kat tingkap. Pepandaila adjust cari tempat untuk gantung luar tingkap tu. time ni, otak tak kreatif pun automatik kena kreatif nak bagi pad kain cepat kering supaya boleh diulang pakai. Jangan sampai hanger dan pad kain tu jatuh ke bawah rumah udahleee (rumah kampung kan tinggi).
Dengan stok pad kain yang terhad, memang terpaksa pakai hingga waktu yang MAKSIMA sebab nak make sure bila tukar yang baru, pad kain yang dah cuci dan dijemur beransur nak kering.
Dan bila sampai masa untuk cuci pad kain, ambil masa sikit di bilik air antara 5-10minit untuk make sure pad kain bersih dari segi kotoran, warna dan bau. Tiada saki baki kotoran serta kesan cucian sabun pun dibilas bersih. Baru diperah kuat dan jemur.
Lepas ni, memang kena standby spare pad kain dalam kereta. Incase tetiba teman baik datang awal. Hahahaha.
Ada yang baca sampai habis ke?

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.