Review atau Pengalaman Cik wani Gunakan Pad Kain / Cloth Pad / Tuala Wanita Kain Snowdrop

Review atau Pengalaman Cik Wani Gunakan Pad Kain / Cloth Pad / Tuala Wanita Kain Snowdrop

Ini kisah benar seorang pelajar bernama Cik wani.

Cik Wani, seorang pelajar IPT telah banyak mencuba pelbagai jenis pad dari yang harga murah hinggalah pad yang berharga mahal. Dari yang biasa hinggalah kepada yang berherba, namun masalah kegatalan dan ketidakselesaan tetap terjadi.
Malahan kadang kala kitaran haid juga tidak menentu sehingga berlarutan lamanya.
Pada suatu hari, Cik Wani terbaca tentang pad kain Snowdrop secara tak sengaja di akhbar (pernah keluar di akhbar Berita Harian tahun 2015 dulu). Cik Wani mula mencari info tentang pad kain Snowdrop di google dan fb. Banyak soalan yang berlegar di otaknya.
➡ Tak bocor ke guna pad kain ni?
➡ Berbaloi ke kalau beli? almaklumlah tengah study lagi time tu.

Kenalah berjimat cermat dengan fulus yang terhad.
Setelah Cik Wani dapat maklumat lengkap serta tepat dan setelah berfikir panjang, barulah Cik Wani ni berani nak mencuba pad kain Snowdrop ni.

Cik Wani buat keputusan untuk cuba Pakej Light dahulu.

Sejak buat tempahan, hari-hari Cik Wani tunggu posmen sampai hingga nak ke kelas pun, siap pesan pada housemate tolong tengok-tengokkan kot-kot ada posmen hantar barang untuknya. Balik dari kelas asik tanya housemate, ada tak barangnya sampai. Punyalah tak sabar nak tengok rupa dan cuba pad kain snowdrop tu, walhal baru je tempah sehari sebelumnya!
Akhirnya bungkusan yang ditunggu sampai jua beberapa hari kemudian. Cik Wani buka dan cuci terus. Teruja tengok pad kain Snowdrop yang berwarna warni dan beraneka corak.
Pad kain ni pulak sampai time bulan nak mengambang. Memang timing tepat la.
Esoknya, Cik Wani terus cuba gunakan pad kain ni.
Memula guna, tak terasa macam period pun sebab pad kainnya rasa lembut dan selesaaaa je. Dulu, beliau sering rasa tak selesa dan gatal.
Balik dari kelas, Cik Wani pun cuci la pad kain ni, sekali cuci..mak aih banyak juga darahnya, tapi takde la bocor.
So, persoalan adakah pad kain ni bocor, terjawab sudah.
Pad kain ni ada lapisan kalis bocor. Jika dipakai ikut jangkamasa yang disyorkan, memang takkan bocor.
Kecuali pakai sampai overload, memang boleh bocor sedikit. Even pad pakai buang pun kalau overload,bukan bocor sikit dah, lencun terus jadinya. haruu bila Cik Wani teringat kenangan dulu.
Selepas rasai sendiri keselesaan pad kain Snowdrop ni. Cik Wani pun mula menabung untuk beli saiz-saiz yang lain pula. Design dan corak yang berwarna warni juga sebagai tarikan pad kain ni.
Belian secara pakej atau semasa offer banyak bantu Cik Wani lebih jimat.
Beli sekali dan boleh pakai bertahun-tahun.
Semestinya ia berbeza berbanding sebelumnya yang mana Cik Wani terpaksa membeli pad pakai buang setiap bulan.
Dan sejak dari itu, Cik Wani tiada lagi alami rasa gatal semasa bulan mengambang walaupun beliau memakai pad kain ni dalam tempoh masa yang panjang. Haidnya juga kini lebih teratur.
Pad kain ni pun mudah dicuci. Tak perlu Cik Wani nak berus kuat-kuat macam basuh baju kotor tu, memadai rendam sekejap dalam air sabun dan gonyoh lembut-lembut je guna tangan, kotoran pun hilang.
Nak cuci guna tangan boleh, guna washing machine pun boleh (letak dalam nett pakaian).
Yang bestnya lagi, pad kain snowdrop Cik Wani guna ni cepat kering, jemur dalam bilik bawah kipas pun boleh kering tau. Esoknya dah kering boleh ulang pakai semula.
Pad kain snowdrop ni pun senang dibawa ke mana-mana. Sebab ianya tipis je, mudah nak sumbat dalam beg.
Sebelum ni, kalau nak travel, Cik Wani kena bawak stok pad pakai buang berbungkus-bungkus. Makan ruang banyak. Sekarang, guna pad kain, jimat space beg.
Rugila kalau tak beli dan gunakan sendiri pad kain snowdrop ni, katanya.
Pesan cik wani lagi,
Kepada makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik di luar sana tu, cubalah gunakan pad kain snowdrop ni. Memang takkan rugi atau menyesal.
Pad kain Snowdrop ni pun siap ada jaminan setahun jika ada sebarang kerosakan pada pad kain dan jaminan 6 bulan jika pad kain ni ada masalah kebocoran.Yang penting, jaga elok-elok.
So, apa lagi, jom la pakat cuba pad kain snowdrop ni. Berbaloi-baloi sangat.
======================
Kalau Cik Wani yang berstatus pelajar pun mampu miliki pad kain Snowdrop, anda pun pasti boleh milikinya juga.😀
📱 Jika anda nak alami sendiri pengalaman manis seperti yang CIk Wani alami sekarang, atau ingin bertanya lanjut tentang pad kain Snowdrop,
boleh hubungi Kak Malati di 019-3804089.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.