Pengalaman Kenal Pad Kain Snowdrop

Kenangan Bersamamu Pad Kain Snowdrop

Pada suatu tika dolu doluuuuuu,
Kak Malati jadi pengguna pad kain snowdrop sejak julai 2012. Waktu tu ragu jugak nak pakai.
Bimbang bocor, leceh nak cuci, susah nak basuh, dan memacam lg thinking negatif dlm otak ni. Malas pun ye jugak nak cuci lelama dan jemur. Segan org nampak bila jemur kt luar.

Tapi asben support, dia cakap tak elok pakai pad biasa tu. Banyak chemical. Asben kak malati ada pengalaman lawat kilang buat pad pakai buang time study dulu. Ada peluang guna yang lebih elok dan selamat, gunakanla. Sebelum mudarat lain pulak datang dari kesan sampingan long term guna pad biasa tu.

Asben cerita, pad biasa yang nampak putih tu, asalnya kotor dan hitam legam, geli lah tengok. Dari kertas2 recycle dan benda2 lain dimasukkan ke dalam 1 mesin dan dicampur dengan chemical. Dari satu bahagian ke bahagian lain, bercampur dengan klorin untuk proses ‘pemutihan’ hinggalah akhirnya jadi pad warna putih tu. Kalau tengok sendiri cemana proses tu dibuat, rasanya tak ramai pompuan yang sanggup nak pakai pad biasa tu.

Atas sebab itu dan lepas dapat info jelas tentang clothpads, kak malati try pad kain snowdrop. Waktu tu kenal la jugak beberapa jenama lain, dapat peluang untuk tengok sendiri setiap jenis dan material yang digunakan.
At the end kak malati try yang pad kain snowdrop punya.

1st time pakai… wahhhh lembutnya pad kain snowdrop ni. Macam baldu. Jauh nooo beza dengan pakai kain batik lipat2 time zaman skolah dulu.

Nak cerita, kisahnya panjang, tp kak malati short cut terus.
So, sampai sekarang la pakai dan guna pad kain snowdrop ni waktu haid serta berpantang anak ke 4 dan ke 5 beberapa tahun lepas.

Moral of the story, segala anggapan negatif kak malati dulu hilang satu persatu lepas guna dan rasai sendiri pengalaman pakai, jaga dan cuci pad kain snowdrop ni. Semua anggapan negatif tu hanyalah mitos minda. 😬

Kak malati pakai sebab selesa dan yang paling utama sebab selamat. Itu tujuan utama kak malati pilih untuk pakai pad kain snowdrop. Lain orang, lain sebabnya.

Secebis pengalaman sendiri bagaimana mengenali pad kain snowdrop.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.