Pad Kain Selesa

Ada ramai bakal pelanggan tertanya-tanya, betul ke pad kain selesa ?

Ini jawapan yang sering Kak Malati balas tentang persoalan Pad Kain Selesa ke?

Pad Kain ni dihasilkan menggunakan material minky yang gebu bak baldu, lembut menyentuh kulit, keselesaan maksimum dan jauh berbeza dengan pemakaian kain batik lama atau tuala good morning. Apatah lagi dibandingkan dengan penggunaan pad pakai buang.

Pad kain selesa kerana mempunyai pengudaraan yang baik sehinggakan pengguna tak merasa basah atau leaking walaupun haid tengah banyak.

Pad kain selesa kerana lapisan anti bakteria di dalam pad kain mampu berfungsi menapis bakteria-bakteria yang datang atau cuba membiak. Material antibakteria itu ditempah khusus dari luar yang mempunyai molekul yang sangat halus untuk menapis kotoran atau bakteria. Inilah antara punca kenapa pad kain selesa dan pengguna tiada merasa alahan atau kegatalan semasa menggunakan pad kain.

Kepelbagaian saiz pad kain membantu pengguna untuk memilih saiz yang sesuai¬†dengan tahap aliran haid individu.¬†Ini mendorong pengguna merasakan pad kain selesa dipakai mengikut aliran haid mereka. Ada pengguna gemarkan saiz yang besar dan panjang, dan ada juga yang gemarkan saiz yang lebih kecil. Apapun pilihan, pastinya pengguna lebih kenal saiz pilihan mereka bagi keperluan dan keselesaan sepanjang minggu haid @ ‘bulan mengambang.’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.