Cara Cuci Pad Kain Guna Tangan Atau Mesin Basuh

CARA CUCI PAD KAIN SNOWDROP

Bagaimana cara saya nak cuci pad kain?
Ia seolah-olah leceh untuk mengendalikan cucian pad kain setiap hari dan saya begitu sibuk dengan jadual saya.

Membasuh dan mengendalikan pad kain adalah semudah menguruskan pakaian lain.

Pad Kain Snowdrop diperbuat daripada kain yang kalis kesan degil dan mudah untuk dicuci.

Jika anda terlalu sibuk atau berasa leceh untuk mengendalikannya setiap hari,
kami mengesyorkan anda untuk guna cara 1 (bg stock cp banyak) :

1. RENDAMAN.
– Rendam pad dalam besen kecil (dgn sedikit sabun cuci pakaian)
sebaik sahaja anda tukar ke pad yang baru,
(sekiranya anda di rumah), terus melakukan ini setiap kali anda tukar dan rendam semua pad dalam besen yang sama. Anda tidak perlu basuh dengan segera kerana dengan merendam adalah lebih baik untuk memastikan pad bersih luar dan dalam.
Daripada menggosok dan basuh terus pad kain, rendaman dapat membantu untuk memastikan semua darah di antara lapisan dalam larut dan keluar dengan habis tanpa susah payah Tetapi ! Pastikan anda menukar air rendaman kepada yang baru setiap hari untuk memastikan air rendaman sentiasa bersih.

  • Terus lakukan langkah ini selama 3-4 hari dan kumpul semua pad untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh (gunakan net pakaian) dan boleh campur cucian bersama pakaian yg lain.☺
    📌Diingatkan untuk tidak memasukkan pelembut kain (softner)

– Semasa proses rendaman, semakin hari, air rendaman akan menjadi semakin jernih, ini memberi isyarat bahawa pad telah bersih dari darah sepenuhnya. Kaedah ini adalah sangat baik untuk memastikan kebersihan pakaian lain jika anda mahu campurkan ke dalam mesin. Jika anda terlalu sibuk, anda hanya perlu masukkan ke dalam mesin basuh dua kali sepanjang kitaran haid (sekali di tengah-tengah kitaran, contoh hari ke 3 atau 4, kali kedua ialah apabila anda haid telah berakhir). Apabila anda sudah mula dengan rutin ini, anda tidak akan merasakan ia satu beban, sebaliknya menjadi sebahagian dari kehidupan anda sama seperti pakaian lain.

Mudah bukan? Tidak leceh, tidak perlu gosok atau sental, hanya masukkan dalam besen untuk rendaman (tukar air setiap hari, anda boleh lakukan ini sambil mandi) dan kemudian masukkan dalam mesin basuh dengan pakaian lain serta jemur sekali.

Tetapi cara ini, anda mungkin memerlukan lebih stok pad kain dalam simpanan kerana cara ini mengurangkan kekerapan membasuh tetapi memerlukan lebih kuantiti pad contohnya antara 20-25 keping.

Kami menyarankan anda membeli sedikit demi sedikit untuk mengumpul koleksi simpanan pad anda.

 

👉🏼 Satu lagi cara mencuci :
👉🏼 kami mengesyorkan anda untuk (bg stock cp sedikit) :

 

2. BASUHAN TANGAN.
– Bilas dan basuh dengan tangan setiap kali anda tukar. Gunakan sedikit sabun cuci pakaian, semasa membilas perlahan-lahan gosok permukaan atas pad untuk mengeluarkan darah dan sisa-sisa, dan perah berulang kali sehingga air yang keluar mengalir jernih.
Pastikan tiada sisa atau darah yang keluar apabila anda perah air yang berlebihan untuk memastikan ianya bersih.

Jemur selepas cucian tangan atau masukkan satu kitaran dalam mesin basuh (dengan putar) sebelum jemur untuk lebih bersih dan cepat kering.

Perlu diingat untuk tidak menggunakan mana-mana berus kain untuk mengelakkan kerosakan pada fabrik pad.

💥💦Untuk jenis sabun, bagi mengelakkan kerosakan dan untuk fabrik tahan lebih lama serta kekal menyerap,,,,

⛔ Dilarang menggunakan :

1⃣ Pelembut Kain(softner)
2⃣ Clorox/ Bleach
3⃣ Sabun Buku Mandi
– Ini kerana sabun buku mandi mempunyai minyak yang boleh menyekat serapan untuk jangka masa lama. Selain itu, sabun buku mandi juga menyebabkan fabrik menjadi keras dan kasar.
Kami hanya sarankan guna sabun pencuci baju serbuk dan juga cecair yang bebas pelembut kain.
Penggunaan sabun selain yang disarankan akan menyebabkan kerosakan dan kurang serapan fabrik, kami tidak memberi jaminan warranty walaupun dalam masa setahun jika anda menggunakan mana-mana produk yang dilarang guna untuk mencuci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.