fbpx

Apa Itu Dioksin dan Kesannya Pada Wanita?

Apa Itu Dioksin Dan Kesannya Pada Wanita?

tuala wanita kain - apa itu dioksin

 

Apa itu DIOKSIN?

Kita sedia maklum bahawa tuala wanita yang dijual di pasaran diperbuat daripada kertas kitar semula yang dilunturkan warna dan kotoran melalui kaedah pengklorinan sebanyak 6 kali proses pelunturan. Bahan kimia yang digunakan menghasilkan tuala wanita yang putih bersih tetapi penuh dengan bahan kimia kerana proses pelunturan tersebut menghasilkan sejenis karsinogen (bahan penyebab kanser) yang disebut dioksin.

Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai karsinogen kelas pertama kepada manusia. Kajian perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap yang rendah, ia masih mampu menyebabkan kanser payudara, kanser usus, endometri0sis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

Katakan sekali pemakaian tuala wanita = 1 kali dioksin diserap. Maknanya sekiranya anda mula menggunakan tuala wanita pada usia 12 tahun, dan jika kini umur anda adalah 28 tahun, maka anda telah telah menyerap sebanyak 16 tahun dioksin ke dalam faraj anda.
1 kali pakai      = 1 dioksin
Sekali haid       = 6 hari
Sehari              = 3 keping tuala wanita (mungkin juga lebih)
Sebulan            = 18 keping
Setahun            = 216 keping
16 tahun          = 216 x 16 = 3456 keping
Itu baru pengiraan untuk penggunaan tuala wanita, belum lagi pantiliner. Pantiliner digunakan setiap hari (3 atau 4 keping sehari). Cuba bayangkan dah berapa banyak dioksin yang diserap?
Kajian juga membuktikan bahawa setiap wanita menggunakan lebih kurang 15000 keping tuala wanita sepanjang hayatnya (lebih kurang 35 tahun sebelum menapous).
Anda dah kira, berapa lama anda dah gunakan tuala wanita? Sejak umur 13 tahun? umur 12 tahun?
Jom tukar kepada alternatif tuala wanita kain yang bebas dioksin. Sayangi diri dan wanita di dalam keluarga anda.
Lihat statistik peningkatan kanser yang semakin kerap menghantui wanita.
rujukan dari https://www.farmashealth.com.my
Pembuat tuala wanita pakai buang mendakwa kandungan dioksin dalam tuala wanita yang mereka pasarkan adalah terlalu sedikit.
Persoalannya, banyak mana ‘sedikit’ kandungan dioksin ini?
Ada jaminan ia selamat untuk kita guna?
Ada kemungkinan ia hanya penyedap hati supaya kita terus menggunakan tuala wanita pakai buang.
Anda boleh terus memilih untuk guna tuala wanita pakai buang namun merisikokan rahim dan badan anda dengan pelbagai penyakit wanita yang berleluasa di zaman ini. Keputusan di tangan anda. 🙂

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.